Kebajikan

Jumlah Terkumpul

RM0.00

Sasaran Kutipan

RM10,000.00

April 30, 2025

Derma Sekarang

Kongsi

Misi Projek

Tunaikan Kewajipan Fidyah Anda Bersama Yayasan Amal Malaysia! RM4/Secupak 

Apakah Itu Fidyah?

Fidyah ialah bayaran yang wajib dikeluarkan oleh seseorang yang meninggalkan puasa atas sebab-sebab tertentu dan tidak dapat menggantikannya, seperti:

  1. Sakit kronik yang tiada harapan sembuh.
  2. Usia tua yang menyebabkan ketidakmampuan berpuasa.
  3. Ibu hamil atau menyusu (sekiranya khuatir akan keselamatan bayi atau diri).

Firman Allah dalam Q.S Al-Baqarah: 184:
"Dan wajib bagi orang-orang yang tidak mampu berpuasa untuk membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin."

Cara Kiraan Fidyah

Kiraan fidyah adalah berdasarkan jumlah hari puasa yang ditinggalkan. Nilai secupak beras (1 fidyah) ialah RM4, termasuk kos pengurusan.

Contoh Kiraan Fidyah:

  • Seorang tidak berpuasa selama 10 hari:
    RM4 x 10 hari = RM40

Salurkan Fidyah Anda Melalui Yayasan Amal Malaysia

Melalui Yayasan Amal Malaysia, fidyah anda akan disalurkan dalam bentuk makanan asas seperti beras kepada golongan miskin dan yang memerlukan.

Kenapa Pilih Yayasan Amal Malaysia?

✅ Pengurusan yang telus.
✅ Disalurkan terus kepada golongan memerlukan.
✅ Mudah dan pantas.

Penyumbang Terkini