GEMPA BUMI PALING KUAT MELANDA MOROCCO DALAM LEBIH 1 ABAD
Lebih 2,000 orang maut selepas gempa bumi kuat melanda negara Maghribi pada malam Jumaat. Gempa bumi berlaku di sekitar kawasan High Atlas sehingga ke kawasan bandar bersejarah di Marrakech. Dikatakan mencecah sehingga skala magnitud 7.1 pada pukul 11.00 malam tadi waktu tempatan.
Terdapat laporan media menyatakan Masjid Koutoubiya yang dibina pada abad ke-12 dan menjadi salah satu mercu tanda terkenal di Marrakech mengalami sedikit kerosakan.Tapi dikatakan tidak begitu terjejas. Menara Masjid ini adalah bangunan yang paling tinggi sekali di dalam kawasan Medina di Marrakech dan juga dikenali sebagai 'Bumbung Marrakech', 'Roof of Marrakech'.
Kelihatan beberapa bangunan runtuh, menambah rasa sedih hati ini. Orang di Morocco di sana sangat baik. Dikatakan gempabumi di Utara Afrika sebenarnya agak jarang juga berlaku. Gempa bumi kali ini antara yang kuat juga yang pernah dicatatkan. Pada 1960 Gempa berskala 5.8 magnitud memberi kesan teruk di kawasan Tenggara Morocco. Pada 2004, Skala 6.4 magnitud mengorbankan kira-kira 600 orang. Gempa pada kali ini turut dirasai sehingga ke Portugal dan di Algeria negara bersebelahan Morocco.
Dengan ini, Yayasan Amal Malaysia secara rasmi melancarkan Tabung Kemanusiaan Morocco! Insha Allah, kami akan berangkat ke sana untuk membantu penduduk tempatan yang terlibat dengan gempa bumi.
"PRAY FOR MOROCCO!"
Untuk menyumbang, boleh menyumbang secara online di borang di bawah atau secara manual di akaun bank berikut
Akaun No :553010122090
MAYBANK
YAYASAN AMAL MALAYSIA
Ref : Misi Morocco